Baru-baru ini, tular tentang respon Bonda Rozita terhadap anaknya yang juga merupakan usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri kerana mahu muncul dengan lagu Raya lagi pada tahun ini.
Terbaru, tular pula tentang kenyataan daripada Aliff Syukri selepas ia mengundang kecaman ramai gara-gara hantarannya di media sosial yang mengutuk orang.
Face shaming calon temuduga
Menerusi perkongsian itu, Aliff dilihat selamba mengutuk wajah calon (face shaming) yang datang untuk temuduga di pejabatnya untuk menjadi live host di TikTok.
Mengikut kritieria yang dimahukan, Aliff mencari seorang wanita yang petah bercakap, rajin dan ikhlas bekerja selain berkata hos tersebut tidak perlulah memiliki wajah yang sangat cantik.
Semua muka seposen, hauk
Semalam, menerusi hantaran di Facebook, Aliff mendedahkan kebanyakan wanita yang datang untuk temuduga tersebut tidak mempunyai rupa paras yang cantik.
Namun, kenyataan ditulis usahawan itu dikecam warganet selepas dia membuat face shaming dan dilihat seperti menghina calon yang hadir tanpa memikirkan sensitiviti mereka.
Segelintir individu memerlinya kerana sebelum ini dia sendiri yang menyatakan live host yang diperlukan tidak perlu terlalu cantik tetapi lain pula responnya selepas temuduga.