“Semua Itu Perancangan Tuhan”- Fasha Sandha dan Aidil Aziz Enggan Ulas Isu Penceraian Artis Lain

Hiburan

“Semua Itu Perancangan Tuhan”- Fasha Sandha dan Aidil Aziz Enggan Ulas Isu Penceraian Artis Lain

Kes penceraian beberapa pasangan selebriti tahun ini memberi impak yang negatif terhadap industri hiburan sehingga ada yang mengganggap isu ini sebagai trend dalam kalangan selebriti.

Menurut Mstar, pasangan pelakon, Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz sentiasa bertawakkal kepada Allah dan berusaha untuk menjaga rumah tangga mereka.

Advertisement

Fasha enggan memberikan sebarang reaksi berhubung penceraian rakan artis yang lain sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Betul menakutkan, tapi semua itu perancangan Tuhan dan kita cuba sedaya upaya jaga rumah tangga kita.

fasha sandha

Saya taknak komen tentang hal cerai ni, saya dan Aidil pun tak cakap pasal hal tersebut.

Suaminya, Aidil turut akui berita penceraian artis pada tahun ini sangat mengejutkan dan berpendapat setiap ujian yang melanda pasangan bercerai itu ada hikmahnya.

Secara jujurnya memang terkejut, ada artis yang kami kenal dan rapat tapi kami doakan yang terbaik saja.

Dia turut berkata setiap ujian berat yang Allah beri pasti ada hikmahnya.

Sekadar info tambahan, Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira.

fasha sandha

Fazura
2 weeks ago

Peminat Sedih Lihat Menyanyi Seorang Diri, Ini Respon Nur Fazura - "Hati Pun Dah Tak Ada Sepenuhnya Pada Yang Lepas.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...