“Semua Ini Terlalu ‘High School’ Untuk Saya” – Nad Zainal Ingin Fokus Suami Dan Anak-Anak

Hiburan

“Semua Ini Terlalu ‘High School’ Untuk Saya” – Nad Zainal Ingin Fokus Suami Dan Anak-Anak

Pelakon Nad Zainal memaklumkan bahawa dia enggan lagi fokus kepada hal-hal seperti sesiapa yang hilang dari ‘radar’ berikutan kontroversi yang mengatakan dia kini bermasam muka dengan rakan industri setelah mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail.

Dia yang ditemui Harian Metro berkata, perkara seperti ‘siapa kawan siapa’ itu terlalu ‘high school’ dan memilih untuk mengambil pendekatan fokus kepada suami dan anak-anaknya berbanding perkara remeh seperti itu.

Advertisement

Saya sedang gembira dengan suami dan anak-anak. Jadi saya tak mahu memikirkan mengenai perkara itu. Masih ramai yang ada dengan saya,jadi saya okay.

Tidak timbul istilah bermasam muka kerana kami masing-masing sudah dewasa. Banyak lagi perkara yang harus diberikan fokus.

Tambah Nad, banyak perkara yang perlu difikirkan apatah lagi dia yang kini sedang hamil trimester ketiga.

Pelakon kecil molek ini juga meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan peminat yang sentiasa memberi sokongan dan terus mendoakan kesihatannya.

Bantuan kadang kala tidak datang daripada orang terdekat atau orang yang kononnya tahu mengenai kehidupan kita. Saya tidak mahu fikir banyak, apatah lagi anak saya sudah tiga orang.

Terdahulu, Nad Zainal pernah dirawat dan ditidurkan gara-gara dijangkiti kuman di bahagian paru-paru. Sehubungan itu, rakan-rakan artis tampil melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi menampung kos rawatannya di hospital.

Setelah itu, Nad kemudian mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu. Ia adalah perkahwinan kedua aktres itu setelah bercerai dengan suami terdahulu dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dais Syed
1 year ago

"Keturunanmu Juga Akan Merasa Kifarah" - Wanita Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Da'i Syed Bersumpah Di TikTok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...