Lee Su Jin, seorang doktor gigi dari Korea Selatan menjadi popular sekelip mata apabila sering muat naik gambar selfie ke akaun Instagram miliknya. Mana tidaknya, wanita itu berusia 47 tahun tetapi kelihatan seperti siswi universiti.
Pada mulanya Su Jin dianggap gadis Korea yang biasa tetapi baru-baru ini wanita itu mendedahkan yang dia lahir pada tahun 1969 dan sudah menjadi doktor gigi selama 16 tahun.
Su Jin kemudiannya muncul dalam rancangan televisyen Korea, ‘Same Bed, Different Dreams’, bersama anak perempuannya. Anak perempuan Su Jin mendakwa yang ibunya sudah menjadi ketagih selfie dan sering memuat naik gambar ke Instagram, di mana jumlah pengikutnya kini mencapai lebih 90,000 orang.
Dia dikatakan mula aktif di Instagram dan gemar perhatian yang diberikan netizen sejak anaknya itu tidak lagi bercakap dengannya setelah memasuki sekoolah menengah. Su Jin juga dikatakan mengisi kesepiannya dengan berinteraksi dengan para pengikut di Instagram serta asyik memuat naik selfie.
Ada yang berpendapat keremajaan wajah Su Jin ialah hasi pembedahan plastik, apatah lagi dia inggal di Korea Selatan, negara yang mempunyai pakar-pakar bedah plastik tersohor.
Namun negitu, wajah Su Jin boleh dikatakan menarik kerana jika melakukan pembedahan plastik sekalipun, hasilnya tidaklah begitu baik bagi orang yang berumur seperti Su Jin.
Bukan wajah saja, bentuk badan Su Jin masih seperti anak dara, maka tidak hairan ramai yang iri hati dengannya. Mungkin faktor pemakanan dan penjagaan dalaman juga perlu diambil kira.
Sekiranya berminat duntuk melihat lebih gambar Su Jin, sila ke Instagram @sjeuro -amazingnara.com
Sumber: AllKpop, World of Buzz