“Semua Indah & Sedap Mata Memandang, Jarang Pakai Baju Pelik” – Merata Ada Tempat Solat, Warga Asing Kongsi Sebab Gembira Menetap Di Malaysia

Kehidupan

“Semua Indah & Sedap Mata Memandang, Jarang Pakai Baju Pelik” – Merata Ada Tempat Solat, Warga Asing Kongsi Sebab Gembira Menetap Di Malaysia

Baru-baru ini, sebuah keluarga yang berasal daripada Indonesia berkongsikan pengalaman yang digemari selepas mereka menetap di Malaysia di platform TikTok.

Warga Indonesia gembira menetap di Malaysia

Difahamkan daripada perkongsian yang dimuat naik, dirinya serta keluarga memilih Malaysia sebagai negara untuk menetap kerana bahasa yang lebih kurang sama.

Advertisement

Fun fact (fakta menarik), rakyat Malaysia banyak yang faham bahasa kita (Indonesia). Tapi kita banyak tak faham bahasa sini. Bahkan banyak yang tahu bahasa-bahasa perbualan Indonesia macam ‘kamu nanyeak?’

warga indo gembira tinggal di malaysia

Menurut individu yang bernama Imbu itu, hal lain yang membuatkan dia jatuh cinta terhadap negara ini kerana tempah ibadah serta tandas yang mudah dijumpai di mana-mana seperti restoran, shopping mall, kawasan rehat dan rawat (R&R), termasuk taman rekreasi.

Dalam pada itu, tidak kira di mana tempat tinggal, akses untuk mendapatkan makanan protein memang sangat mudah.

Orang Malaysia jarang pakai pakaian pelik, akses makanan sangat mudah

warga indo gembira tinggal di malaysia

Aku tinggal di kawasan yang jauh dari laut, tapi kalau nak masak makanan laut tu tak pernah susah. Pergi pasar semua boleh dapat. Malah pergi pasaraya pun boleh dapat lauk protein pelbagai jenis.

Tambahannya lagi, di Malaysia, jarang untuk dirinya menjumpai rakyat yang memakai pakaian pelik, malah tudung yang digayakan juga kemas serta lawa.

Entah kenapa sejauh aku memandang setiap perjalanan ke kota atau kampung di di Malaysia semua itu indah. Rapi, tak ada asap kenderaan, jarang ada wayar yang menghalang pemandangan jalan, bersih dan sedap mata memandang.

warga indo gembira tinggal di malaysia

Namun begitu, Imbu berkata semua yang diperkatakan hanyalah pandangan peribadinya saja.

pelancong india puji malaysia
2025-07-14 16:28:47

Malu Dengan Negara Sendiri, Pelancong India Anggap Malaysia Negara Sempurna - "Tiada Jalan Berlubang, Udara Bersih, Rakyat Mesra.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...