“Semua Hutang Tertunggak Akan..” – Tular Dakwaan ELEWSMART Tutup Semua Cawangan Secara Berperingkat?

Kehidupan

“Semua Hutang Tertunggak Akan..” – Tular Dakwaan ELEWSMART Tutup Semua Cawangan Secara Berperingkat?

Sedia maklum, pendakwah bebas dikenali ramai iaitu Ebit Lew ada perniagaan kedai runcit yang diberi nama ELEWSMART.

 

Advertisement

Semua cawangan bakal ditutup?

Elewsmart tutup

Biarpun sebelum ini ramai yang mengwar-warkan kedai runcit terbabit kerana dikatakan harga barang yang dijual berpatutan, tetapi sekarang ini timbul pula dakwaan mengatakan kedai runcit milik Ebit itu bakal ditutup secara berperingkat.

Bukan satu, malah semua cawangan ELEWSMART dikhabarkan akan ditutup susulan tidak lagi mendapat sambutan.

 

Hutang akan dilangsaikan

Dalam pada itu, melalui kenyataan yang tular itu, segala hutang yang tertunggak akan dilangsaikan sebelum 30 Jun 2024.

Bahkan, pihak ELEWSMART turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang hadir membeli barang di kedai runcit terbabit sepanjang ia beroperasi sebelum ini.

Sekadar info, nama Ebit Lew mula menjadi bualan ramai selepas dia didakwa melakukan gangguan seksual terhadap beberapa individu.

ustaz ebit lew cari barangan murah
4 years ago

Ustaz Ebit Lew Mahu Buka Pasar Raya, Jual Barang Harga Murah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...