Sedia maklum, pendakwah bebas dikenali ramai iaitu Ebit Lew ada perniagaan kedai runcit yang diberi nama ELEWSMART.
Semua cawangan bakal ditutup?
Biarpun sebelum ini ramai yang mengwar-warkan kedai runcit terbabit kerana dikatakan harga barang yang dijual berpatutan, tetapi sekarang ini timbul pula dakwaan mengatakan kedai runcit milik Ebit itu bakal ditutup secara berperingkat.
Bukan satu, malah semua cawangan ELEWSMART dikhabarkan akan ditutup susulan tidak lagi mendapat sambutan.
Hutang akan dilangsaikan
Dalam pada itu, melalui kenyataan yang tular itu, segala hutang yang tertunggak akan dilangsaikan sebelum 30 Jun 2024.
Bahkan, pihak ELEWSMART turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang hadir membeli barang di kedai runcit terbabit sepanjang ia beroperasi sebelum ini.
Sekadar info, nama Ebit Lew mula menjadi bualan ramai selepas dia didakwa melakukan gangguan seksual terhadap beberapa individu.