Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Semua Hubungan Komunikasi Disekat, Ali Puteh Terkilan Dah Lama Tidak Dapat Tengok Anak Saudara

ali puteh rindu anak saudara

Umum pasti mengetahui mengenai kisah persengketaan di antara pelawak Ali Puteh dan juga kakak iparnya iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali. Kisah dia antara mereka ini nyata mendapat liputan meluas daripada pihak media apabila mereka sekeluarga dikatakan menyisihkan wanita itu selepas pemergian Abam.

Ali sendiri mengakui bahawa sejak daripada kontroversi itu, hubungan di antara kedua buah keluarga tersebut putus malahan semua saluran untuk komunikasi terbantut termasuklah menerusi media sosial juga kerana telah disekat.

Advertisement

ali puteh rindu anak saudara

Meskipun akur dengan suratan tersebut, pelawak itu tidak dapat menyembunyikan rasa kesal dan rindu dengan satu-satunya putera yang ditinggalkan arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia 10 bulan.

Cuma terkilan apabila tidak dapat berjumpa anak saudara. Hendak tengok di media sosial mereka tidak boleh sebab sudah disekat.

Mujur bekas pemandu arwah memuat naik foto atau video Uthman di media sosialnya, dapat kami menumpang tengok sambil melepaskan rindu.

Lelaki itu juga menanam niat untuk berjumpa dengan keluarga balu abangnya nanti selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat menyambung kembali silaturahim yang sudah putus.

Advertisement

keluarga abam bocey

Ali juga meluahkan rasa tidak sabar untuk bertentang mata semula dengan anak buahnya nanti setelah sekian lama terpisah.

Buat masa ini, biarlah saya tengok Uthman dalam media sosial sahaja. Dapat melihat dia sihat dan membesar dengan sempurna sudah cukup menggembirakan kami sekeluarga.

Harap semuanya kembali jernih sempena bulan Ramadan yang mulia dan suci ini.

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Fidot

    May 5, 2020 at 4:24 pm

    baik block manusia plastik mcm ni dari sakit hati… Hidup lg bahagia…

    • Putrikramat

      May 26, 2020 at 8:33 am

      Rindu anak saudara kena melalui ibunya… Ibu yg menjaga & mengandung kannya. Mana boleh nak jumpa anak ibu ditolak ketepi. Itu Ali kena hadam dulu..

  2. Anonymous

    May 5, 2020 at 2:59 pm

    klu rasa dah tersekat or terputus silaturahim &betul2 berniat ikhlas…call ke videocall pun blh kan, no phone takkan kena block jgk. takkan klu rindu nak hadap IG je. banyak lg cara lain, jgn jdkan alasan & nak burukan org lain.

  3. Abg Black

    May 5, 2020 at 11:34 am

    acah2 rindu.
    kau dah sampahkan dia smpi dia tertekan.
    pastu kau mintak simpati nk tgk anak buah.
    melayu bodoh

  4. Anonymous

    May 5, 2020 at 10:44 am

    Hang dah sumpah seranah dia macam2.. apa ang expect? Padan la muka ang kena block sbb dia tak nk tgk sumpah seranah ang dekat dia.. itu anak dia dgn abam.. ang takdak hak pun. Ini tak, cakap tak nk kalah ckp tu satu2nya reta abam.. yg itu pun ang nak claim? Dasar ati itam busuk.

  5. unknown

    May 5, 2020 at 10:33 am

    Hampa buat dia macam sampah.. seolah2 dia nak curi harta suami dia sendiri.. nak dia p sembah hampa lg ka.. stupid!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top