“Semua Duduk Rumah Buat Cekodok Ke?” – Sepi Suasana Depan Kedai, Keida Crepe Pelik Mana Pelanggan ‘Lari’

Kehidupan

“Semua Duduk Rumah Buat Cekodok Ke?” – Sepi Suasana Depan Kedai, Keida Crepe Pelik Mana Pelanggan ‘Lari’

Melalui laman Instagram usahawan sensasi, Kieda Crepe, dia ada memuat naik video memaparkan keadaan terkini kedai pencuci mulutnya yang terletak di Penang itu.

Kata Kieda atau nama sebenar, Nur Khalieda Yusra, kedainya kini berhadapan dengan penurunan dalam kehadiran pelanggan yang selalunya akan beratur demi membeli pencuci mulut di kedai terbabit.

Advertisement

Bahkan dapat dilihat dalam video, suasana di kedai terbabit sangat sepi dan tidak seperti sebelum ini, dimana sambutan sangat luar biasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @hqkiedacrepe_penang

Semua duduk rumah ke? Buat cekodok ke? Kedai Kieda sistem dia support vendor baru support Kieda tau.

Meninjau di ruangan komen video terbabit, rata-rata netizen memberitahu kenaikan harga barang ketika ini membuatkan diri mereka lebih berhemah apabila berbelanja.

komen

komen

Dalam pada masa yang sama, ramai juga berkata bahawa mereka enggan menyokong perniagaan Kieda kerana sistem vendor yang diamalkan olehnya.

Sekadar info, Kieda memaklumkan kepada pembeli bahawa mereka perlu membeli sejumlah produk keluaran vendor di kedai berkenaan sebelum membeli produk keluarannya.

kieda crepe
8 months ago

"Saya Tau Apa Yang Tak Halal, Saya Nak Tolong" - Niat Nak Bantu Peniaga Kecil Disalah Erti, Kieda Menangis Buat 'Live'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...