Semalam, kerajaan telah mengumumkan harga siling bagi seekor ayam standard adalah RM9.40 untuk satu kilogram manakala bagi telur ayam Gred A (45 sen), Gred B (43 sen) dan Gred C (41 sen) bermula 1 Julai 2022.
Berikutan itu, ramai yang berpusu-pusu memborong ayam di pasar raya sehinggakan menyusahkan orang lain yang ingin membeli bahan mentah itu.
Seperti satu perkongsian di Twitter ini, seorang wanita telah tampil meluah perasaan kecewa apabila dia mendakwa ternampak seorang pengguna telah memborong lebih 40 ekor ayam sehingga habis.
Bagus kak, pertahankan hak B40. at least dia dah komplen tapi management lotus tak layan lepastu baru dia viralkan. pic.twitter.com/Og0UwFFQFr
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) June 28, 2022
Kata wanita itu, berikutan tiada kawalan berapa ekor boleh dibeli oleh pelanggan ditetapkan oleh pengusaha pasar raya berkenaan, ada individu yang bertindak ‘memborong licin’ stok ayam berkenaan.
Pukul 8.30 pagi saya pergi nak beli ayam tapi waktu tu tak dapat seekor ayam pun. Semua ayam ‘disapu’ oleh seorang saja customer. Dalam troli ada lebih 40 ekor ayam.
Dia juga menunjukkan rakaman individu berkenaan yang tidak bertimbang rasa membeli semua ayam-ayam di pasaraya itu.
Difahamkan wanita itu juga telah membuat aduan kepada pihak pengurusan pasar raya dan menganggap individu berkenaan menjalankan perniagaan kedai makan atau memiliki kedai runcit sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berasa geram melihatkan rakaman video tersebut dan rata-rata berkongsi pengalaman yang sama seperti wanita itu.
Yang ni betul! Selalu sangat orang beli ayam penuh troli. Lepas tu sampai dekat kami terkulat-kulat ayam dah tak ada. Kalau boleh hadkan beli minyak, kenapa ayam pun tak limitkan?
Dalam pada itu, netizen juga meminta agar pengusaha atau pemilik kedai barangan mentah untuk mengawal pembelian bagi setiap pelanggan kerana ia tidak adil bagi mereka yang ingin membeli untuk tujuan memasak untuk keluarga semata-mata.