“Semua Dia Punya LV, Gucci. Sejak Itu Suami Saya….” – Ajar Suami Hidup Serba Sederhana, Ramai Netizen Setuju & Puji Atikah Suhaime

Hiburan

“Semua Dia Punya LV, Gucci. Sejak Itu Suami Saya….” – Ajar Suami Hidup Serba Sederhana, Ramai Netizen Setuju & Puji Atikah Suhaime

Pelakon Atikah Suhaime akui dirinya dulu dan sekarang sama sahaja kerana dibesarkan dalam keluarga yang menjalani kehidupan dengan cara sederhana.

Tambahnya, barangan berjenama mewah yang dimiliki dan digayakannya sekarang itu adalah daripada suaminya, Datuk Lokman Teh.

Advertisement

Takdelah Atikah rasa diri Atikah humble. Biasa je dari dulu sampai sekarang. Bezanya bila dah ada suami, orang cakap ‘oh humble’.

Bagaimanapun, kata pelakon asal Singapura itu sebelum ini dia tidak berapa tahu tentang barangan berjenama namun suaminya mula mengajarnya sejak mereka berkahwin.

Atikah Suhaime

Ujar Atikah, dia seorang yang gemar membuang barang manakala suaminya pula hanya memakai barangan berjenama sahaja dan suka menyimpang banyak barang.

Kata Atikah lagi, suamiya kini mengikut caranya dan tidak lagi membeli barangan berjenama mewah semata-mata sebaliknya membeli belah secara atas talian dan lebih murah.

Dengan cara itu, kata Atikah dia mengajar suaminya untuk tidak terlalu ‘attach’ dengan barangan dan sekaligus tidak menyimpan barang-barang.

Dia beli online, boleh pakai buang pakai buang. You tak rasa sakit and tak rasa attach. Barang adalah barang. Attach dengan keluarga tak apa tapi bukan barang-barang.

Atikah Suhaime dan suami

Menerusi ruangan komen, ramai memuji Atikah kerana merendah diri dan serba sederhana membeli barangan seperti digunakan orang biasa.

Sesetengah individu juga bersetuju dengan Atikah bahawa status kaya itu tidak semestinya perlu memakai barangan berjenama mewah sahaja.

Bagusnya Atikah, Betul, barang adalah barang. Esok-esok di akhirat mana yang tak digunakan dan disimpan akan dihisab.

komen netizen komen netizen komen netizen

2025-07-03 15:40:09

'Prep' Makan Sambil Gendong Bayi, Netizen Puji Atikah Suhaime - "Cara Buat Kerja Pun Dah Tahu Dia Rajin, Tak Kekok Langsung"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...