Sewaktu ditemubual oleh pihak mStar, pengarah Datuk Yusof Haslam memberitahu dirinya tahu bahawa isteri, Datin Patimah sering kongsikan pelbagai hantaran di Instagram Story kerana rindu pada anak, Syamsul Yusof serta mahu jernihkan keadaan.
Bagaimanapun, dia turut ada menasihati isteri agar untuk tenang menangani isu yang sedang berlaku di antara anak lelaki dan menantu kesayangan, Puteri Sarah.
Bahkan, Yusof Haslam sebagai bapa sangat berharap kemelut rumah tangga anaknya ini mempunyai jalan penyelesaian.
View this post on Instagram
Dia seorang ibu, dia rindukan kasih sayang anak dia dan berharap anak dia balik berjumpa..
Susulan pihak mStar memuat naik keratan artikel di laman Instagram, rata-rata yang meninggalkan komen menasihati Syamsul untuk tidak derhaka pada ibu kandungnya itu.
Bahkan netizen merasakan perbuatan yang dilakukan oleh pengarah serta pelakon lelaki tersebut sememangnya tidak wajar dan mendakwa kehidupan tidak akan tenang selagi tidak memohon maaf kepada Datin Patimah.
Sekadar info, pada 6 Januari lalu, Syamsul mendedahkan di Instagram bahawa dirinya sudah pun bernikah untuk kali kedua bersama Ira Kazar di Thailand, berwali bapa wanita tersebut iaitu pelakon veteran, Kazar.