Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie, sekali lagi mencuri perhatian selepas meluahkan rasa geram terhadap seorang pelakon senior yang didakwa membuat laporan terhadapnya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Menerusi hantaran di Instagram, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, 38, mendakwa laporan tersebut dibuat atas alasan kononnya dia memalukan golongan artis. Namun, menurutnya, perkara itu langsung tidak berasas.
Memandangkan kes MCMC saya sudah selesai, sekarang untuk mak cik artis yang sendu yang lapor saya. Kau sabar kejap, kau cakap aku memalukan artis?
Anju turut memberi bayangan bahawa dia bersedia untuk mendedahkan sisi gelap industri hiburan, termasuk kelakuan segelintir artis yang disifatkannya hipokrit.
Korang nak tahu tak berlambak-lambak benda artis-artis sekarang ini buat benda yang lebih memalukan yang korang tak tahu.
Biar aku dedah satu-satu, sesiapa perlu sedikit pendedahan? Aku penat dengan industri penuh hipokrit.
Dalam hantaran lain, Anju turut mendakwa beberapa selebriti mula berasa gusar selepas kenyataannya tular, bimbang nama mereka turut disebut.
Artis-artis gampang ini semua dah start goyang. Masing-masing stalk aku takut nama diorang kena petik.
Fasal mak cik artis sendu ini report aku semua aku nak petik. Siapa suruh kacau aku musibat. Aku lah manusia paling tak kacau orang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
