Semua Aktivis GSF Dipaksa Melutut & Tangan Diikat Dengan Zip Selama Lima Jam, Rejim Isra*l Beri Layanan Zalim

Trending

Semua Aktivis GSF Dipaksa Melutut & Tangan Diikat Dengan Zip Selama Lima Jam, Rejim Isra*l Beri Layanan Zalim

Peguam dari The Legal Centre for Arab Minority Rights in Israel (ADALAH) dilaporkan telah bertemu dengan 331 sukarelawan dan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang telah ditahan oleh rejim Israel di Pelabuhan Ashdod.

Menerusi kenyataan GSF, kesemua yang ditahan itu telah diberikan layanan buruk termasuklah dipaksa melutut dengan tangan masing-masing diikat dengan zip selama sekurang-kurangnya lima jam, selepas mereka melaungkan slogan ‘Free Palestine’.

Advertisement

kapal GSF di Pelabuhan Ashdod

Mereka juga dituduh sebagai pengganas menerusi kempen fitnah dan video propaganda yang dilakukan pihak Israel, seperti yang dapat dilihat menerusi hantaran tular sebelum ini memaparkan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir mencemuh para aktivis yang ditahan.

Beberapa aktivis juga memaklumkan mereka berdepan layanan kasar termasuklah ugutan, gangguan serta dibangunkan secara ganas setiap kali cuba tidur.

Menurut ADALAH, sukarelawan dan aktivis GSF dilayan dengan zalim kerana dinafikan akses air, tandas dan ubat-ubatan asas sepanjang penahanan.

kenyataan ADALAH GSF

Peguam juga sebelum ini dibiarkan menunggu hampir sembilan jam di luar Pelabuhan Ashdod tanpa dimaklumkan bahawa sesi perbicaraan sudah bermula.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan, pihak berkuasa Israel melakukan proses pendengaran tanpa sebarang notis awal kepada peguam selain menafikan akses aktivis kepada khidmat guaman, yang merupakan pencabulan terhadap proses undang-undang dan hak asasi aktivis.

Kesemua aktivis dilaporkan telah dipindahkan dari Ashdod ke Penjara Ktzi’pt di Naqab dan ADALAH menuntut pembebasan segera selain pemulangan bekalan bantuan kemanusiaan dan membenarkan lawatan di penjara untuk menjaga hak mereka.

pmx gsf
2025-10-03 17:27:00

Gelar Aktivis GSF Pengganas Adalah Kenyataan Biadab! – Anwar Ibrahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...