Penyanyi terkenal Indonesia, Ariel Noah mencuri perhatian peminat hingga ke Malaysia apabila aksinya menghiburkan peminat di konsertnya di Danamon New Live Experience tular di media sosial.
Uniknya, penonton yang hadir di konsert tersebut diwajibkan untuk berada dalam kenderaan masing-masing sambil penyanyi itu membuat persembahan nyanyian.
View this post on Instagram
Malah, Ariel turut mengenakan kasut rodanya supaya lebih dekat dengan penonton sepanjang konsert tersebut.
Aksi vokalis kumpulan Peter Pan itu dirakam dalam sebuah video di mana ia menyaksikan Ariel meluncur laju ke bawah pentas sambil menyanyikan lagu Topeng bersama peminat.
Okay sumpah another level Ariel Noah punya konsert!! Semua stay dalam kereta and dia literally berkonsert pakai kasut roda sambil nyanyi move around!! Cool!!pic.twitter.com/y8rJQMYTpj
— Akaun Baru Alan (Taylor’s Version) ? (@IniAlalalannn) November 22, 2021
Tidak langsung kedengaran semput atau penat kerana banyak bergerak, aksi Ariel Noah mendapat pujian warga maya yang rata-rata kagum dengan semangat dan stamina yang ditunjukkan penyanyi itu.
Difahamkan, konsert itu turut menampilkan penyanyi hebat lain seperti Tulus dan Bunga Citra Lestari.