Semput Ke Tidak, KJ, Shahril & Mekyun Uji Stamina Dengan Latihan Hyrox. Tergamam Dengan Satu Ujian Ketahanan Ini!

Branded

Semput Ke Tidak, KJ, Shahril & Mekyun Uji Stamina Dengan Latihan Hyrox. Tergamam Dengan Satu Ujian Ketahanan Ini!

Kalau anda memang mengikuti rapat pod siar Keluar Sekejap Lagi, mesti anda tahu dah banyak episod yang berkaitan dengan kecergasan betul tak?

Tapi, untuk episod kali ini, KS Lagi bawa kelainan sikit, di mana KJ dan Shahril akan menguji stamina mereka ke another level, dengan melakukan latihan persiapan Hyrox, bersama pempengaruh terkenal, Mekyun!

Dengar cerita awal-awal lagi KJ dah semput, betul ke?

Mampu Kayuh Sehingga 80KM, Mekyun & Shahril Tergamam Dengan Tenaga KJ

Haa, macam biasalah, tak sah kalau Shahril tak mengusik KJ betul tak? Sempat pula Shahril bergurau, “walaupun saya tak pernah masuk Hyrox, tapi saya tengok, macam senang je. Mungkin kot-kot orang yang tak masuk Hyrox ni lagi hebat” sambil memandang ke arah KJ.

Untuk anda yang tak tahu, KJ bakal menyertai pertandingan Hyrox di Singapura pada bulan Jun akan datang, jadi latihan ini adalah untuk melatih daya tahan dan stamina beliau.

Sekadar info, episod Keluar Sekejap Lagi kali ini dibawakan khas oleh vivo V50 Lite, dan episod kali ini, mereka bukan sekadar ingin menguji ketahanan badan manusia, malah ingin melihat ketahanan bateri peranti keluaran terbaru vivo ini.

Sebelum sesi pemanasan badan bermula, KJ menunjukkan bateri vivo V50 Lite yang masih pada tahap 100%, dan mereka ingin melihat sejauh mana bateri peranti ini mampu bertahan.

Sesi pemanasan badan dimulakan dengan kayuhan, di mana Mekyun dan Shahril tergamam apabila dapat tahu yang KJ biasanya akan kayuh sejauh 80km setiap hujung minggu. Fuhh, mantaplah Chief kita seorang ni!

Selain kayuhan, mereka juga melakukan pelbagai senaman pemanasan badan seperti latihan putaran lutut serta barbell squat, dan sepanjang sesi tersebut, KJ dan Shahril dilihat banyak menggunakan vivo V50 Lite untuk menangkap gambar dan merakam video.

Kalau peranti biasa yang kita guna ni, mesti bateri dah turun 1 atau 2 peratus sebab banyak rakam video betul tak? Anda rasa bagaimana pula dengan vivo V50 Lite ni?

Bateri Tahan Lama Walaupun Banyak Kali Digunakan, Mekyun Terpegun Dengan Kelebihan vivo V50 Lite

Di akhir sesi pemanasan badan, KJ menunjukkan tahap bateri vivo V50 Lite yang digunakannya masih pada tahap 100%, begitu juga dengan Shahril, membuatkan Mekyun terpegun.

Terpegun bukan apa, sebab bateri peranti ini masih mampu bertahan walaupun banyak kali digunakan. Bukan itu saja, bateri telefon Mekyun pula waktu itu tinggal 2% saja dan dia tak bawa wayar pengecas telefon. Sudah, macam mana nak buat ni?

Sempat disclaimer, Mekyun kata dia dah lama biarkan vivo V50 Lite kepunyaannya itu tidak dicas selama berhari-hari. Maksudnya, ketahanan bateri vivo V50 Lite ni memang padulah kan?

Masa inilah Shahril tunjuk hero depan Mekyun dengan menggunakan ciri reverse charging, menghubungkan wayar pengecas kepada dua-dua peranti seolah-olah seperti mengecas menggunakan powerbank. Fuhh, gentleman lah Shahril, cair Mekyun!

Setelah itu, mereka meneruskan sesi latihan Hyrox seperti Wall Ball, D Ball, dan Farmers Carry. Kalau anda tonton episod kali ini, kami yakin anda juga pasti akan terikut mengah!

“Nak Jadi Pencipta Kandungan Biar Berpelajaran” – Mekyun Kongsi Kenapa Perlu Berilmu Untuk Menjadi Pempengaruh

Bila masing-masing dah rasa penat dengan latihan, haa mulalah sesi curhat pula antara mereka. Banyak perkongsian yang Mekyun berikan dan salah satunya adalah berkaitan dengan kerjayanya sebagai seorang pencipta kandungan dan pempengaruh.

Mekyun yang mempunyai latar belakang jurusan kejuruteraan, berkongsi bahawa pada asalnya dia ingin bekerja dalam bidang tersebut, namun pada masa sama dia telah menemui minat untuk menjadi seorang pencipta kandungan.

Disebabkan tak tahu antara dua, Mekyun cuba terlebih dahulu menceburi bidang kejuruteraan, namun, disebabkan minat yang membuak, dia membuat keputusan untuk menjadi seorang pencipta kandungan.

Dalam perkongsian, Mekyun sempat titipkan pesanan iaitu tak kira apa jua kerjaya yang ingin dilakukan, satu perkara paling penting yang semua orang perlu ada adalah pelajaran.

Bateri Tinggal 2%? Macam Mana Mekyun Nak Balik?

Setelah dua jam berpenat lelah, akhirnya mereka berjaya menamatkan sesi latihan Hyrox. KJ dan Shahril masih terpegun dengan daya tahan bateri vivo V50 Lite, di mana telefon masing-masing menunjukkan masih 100%.

Manakala, Mekyun pula masih berbaki 2%, namun katanya Mekyun nak guna Waze untuk berjumpa kawan lamanya? Macam mana tu, dengan tak ada pengecas telefon lagi.

Masa inilah KJ cabar Mekyun untuk menggunakan baki tersebut dan Waze ke tempat yang dijanjikan. Anda rasa Mekyun sampai ke tidak ke destinasi? Ke Mekyun guna reverse charging?

Kalau nak tahu, jangan lupa untuk tonton episod penuh Keluar Sekejap Lagi di YouTube. Untuk maklumat lanjut tentang vivo, layari laman web rasmi vivo, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...