Sempurnakan Gaya Baru 2020 Dengan Koleksi Christy Ng x Syatilla Melvin

Hiburan

Sempurnakan Gaya Baru 2020 Dengan Koleksi Christy Ng x Syatilla Melvin

Ha, pasti ada pembaca BeautifulNara yang berazam untuk tampil dengan gaya serba baharu di tahun 2020 ini kan? Salah satu cara untuk menyerlahkan lagi gaya seorang wanita adalah dengan memakai beg tangan dan menyarung kasut tumit tinggi. Hari ini, Abang Nara nak kongsikan tentang koleksi Christy Ng x Syatilla Melvin yang mempunyai pilihan kedua-dua aksesori ini dengan rekaan cukup memukau, cantik dan unik pada harga yang amat berbaloi.

christy ng syatilla

Advertisement

Untuk makluman, Christy Ng dan Syatilla Melvin pernah bekerjasama sekitar tahun 2018. Beg tangan dan kasut hasil kolaborasi mereka memang laku bak pisang goreng panas. Selepas 2 tahun sibuk dengan komitmen masing-masing, kini Christy dan Syatilla sekali lagi bergabung menghasilkan koleksi beg tangan dan kasut yang lebih cantik, lebih memukau dan lebih selesa atas permintaan ramai.

Abang Nara berani jamin penampilan anda pasti akan menjadi bualan ramai sekiranya anda mendapatkan mana-mana beg tangan atau kasut di dalam koleksi Christy Ng x Syatilla ini. Semuanya cun melecun dengan pelbagai pilihan warna yang menarik. Tak percaya? Jom kita tengok satu persatu dengan lebih mendalam lagi:-

TILLA V2 MINI SHOULDER BAG

Hadir dengan 6 pilihan warna, Tilla V2 Mini Shoulder Bag ini telah direka semula untuk memberikan lebih ruang dan bentuk yang lebih menarik. Beg mini ini adalah aksesori sempurna diperbuat daripada kulit lembut vegan untuk menyimpan alat solek, telefon dan juga dompet anda. Pasti ramai yang akan terpukau melihat ke”comel”an anda bersama beg mini Tilla V2 ini. Cuma RM179 sahaja.

christy ng syatilla

TILLA V2 SHOULDER BAG

Dengan harga cuma RM209 sahaja, “kakak” kepada Tilla V2 Mini ini turut sama hadir dengan 6 pilihan warna yang cukup memukau. Mempunyai saiz yang lebih besar, Tilla V2 Shoulder Bag mempunyai kompartmen besar yang mempunyai poket slip di dalamnya untuk memudahkan anda menyusun barangan anda. Selain itu, ia mempunyai “zip pouch” boleh tanggal yang sesuai digunakan untuk menyimpan kad-kad harian anda. Sekiranya anda ingin menghadiri majlis makan malam dan mahu menjadi tumpuan ramai, maka Tilla V2 Shoulder Bag ini memang WAJIB dijadikan peneman anda.

christy ng syatilla

SALOMA V2 SLIP IN MULES (RM189)

Dah mula merancang nak pakai kasut apa masa Hari Raya Aidilfitri nanti? Ha, kasut Saloma V2 Slip In Mules ini memang sesuai sangat untuk digayakan ketika anda pergi ke “open house” sepanjang bulan Syawal kelak. Dengan tumit 2 inci dan bahan daripada “soft vegan leather”, keselesaan kaki dan tubuh badan anda terjamin apabila menyarung kasut ini. Nak pakai pergi pejabat pun sesuai jugak. Hadir dengan 6 pilihan warna yang boleh di”matching”kan dengan beg tangan daripada koleksi Christy Ng x Syatilla

christy ng syatilla

SALMA COURT HEELS

Kasut tumit tinggi sebanyak 2 inci ini hadir dengan rekaan yang simple dan elegan. Ia sesuai dipadankan dengan apa jua pakaian yang ada di dalam wardrobe anda. Kasut ini mempunyai ruangan kaki yang luas dengan “fully padded footbed” untuk memastikan kaki anda kekal selesa sepanjang hari. Last but not least, kasut Salma Court Heels ini turut disempurnakan dengan “microfiber lining” untuk keselesaan ekstra. Ia hadir dengan 7 pilihan warna termasuk warna hitam yang sesuai digayakan ke pejabat.

christy ng syatilla

christy ng syatilla

Ha memang semua cantik-cantik belaka kan? Untuk memudahkan lagi korang membayangkan macam mana rupanya apabila menggayakan koleksi beg tangan dan kasut Christy Ng x Syatilla ini, meh Abang Nara kongsikan beberapa keping gambar yang pasti mengujakan anda. Syatilla sendiri telah ber’posing’ dengan koleksinya. Memang terserlah kejelitaan, keanggunan dan kesempurnaan si pemakai.

christy ng syatilla

**Tengok tue selamba je Syatilla Melvinn berdiri sebelah kaki sambil bergaya dengan kasut dari koleksi Christy Ng x Syatilla. Siap tersenyum lagi. Memang selesa sangat-sangat. Confirm jalan jauh-jauh pun tak akan sakit kaki punyalah.

christy ng syatilla

*-** Ha kita tengok gambar close up beg mini Tilla V2 yang digayakan oleh Syatilla dalam gambar kat atas tue. Sesuai je walaupun Syatilla hanya memakai hoodie. . Ini bermakna beg mini Tilla V2 ini sesuai untuk apa jua jenis occasion. Nak gi dinner pun boleh, nak lepak ngan member-member pun boleh, nak keluar gi shopping pun mall pun boleh. Tepuk dada, tanya gaya anda!!!

christy ng syatilla

Kalau anda sudah bergelar seorang ibu, jangan risau sebab kasut dan beg dari koleksi Christy Ng x Syatilla ini direka dengan mengambil kira kehidupan Syatilla selaku seorang ibu. Tak ada masalah setakat nak bergaya dengan kasut tumit tinggi Saloma atau Slama sambil dukung anak. Nak tolak stroller pun no problem at all. Dan paling penting, Tilla V2 Shoulder Bag mempunyai ruang yang cukup besar untuk anda memasukkan segala barangan bayi penting seperti baby wipes, lampin pakai buang, botol susu dan sebagainya.

Last but not least, kasut tumit tinggi dari koleksi Christy Ng x Syatilla ini memang sangat sesuai digayakan oleh wanita bekerjaya yang ingin tampak lebih yakin, bersemangat dan bergaya. Selaku seorang wanita yang bekerjaya, Syatilla memahami kehendak wanita berkarier yang perlu aktif bergerak ketika mencipta kasut ini. Ketahanan dan keselesaan kasut ini akan membantu anda mengharungi hari yang sibuk tanpa melenguhkan kaki atau badan anda. Barulah wanita besi!!

Jadi tunggu apa lagi? Tahun baru 2020 baru sahaja bermula dan inilah masa terbaik untuk anda tampil dengan gaya yang lebih segar dan memukau. Mulakan dengan koleksi terkini Christy Ng x Syatilla di sini. Selamat bergaya dan selamat tampil jelita.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...