Sempoilah TMJ, Pandu Kereta ‘Legend’ Ke Majlis Buat Semua Orang Terkejut

Trending

Sempoilah TMJ, Pandu Kereta ‘Legend’ Ke Majlis Buat Semua Orang Terkejut

Sebut sahaja nama Tunku Mahkota Johor (TMJ), pasti ramai yang tahu, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sememangnya terkenal dengan perwatakannya yang lantang menyuarakan pendapat di media sosial.

Bukan itu sahaja, TMJ dan ayahnya, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga amat dikenali kerana minat mereka terhadap kereta-kereta klasik, mewah dan unik yang ada dalam koleksi keluarga diraja ini.

Advertisement

TMJ juga sering mendapat pujian kerana memillih untuk memandu kereta-kereta itu sendiri setiap kali menghadiri apa-apa majlis berbanding menggunakan khidmat pemandu peribadi.

Biasanya rakyat jelata memang akan tertunggu-tunggu kereta apa yang akan dipandu TMJ setiap kali datang menyembah duli ke majlis-majlis yang melibatkan orang ramai. Mana taknya, kadang-kadang tu kereta yang dibawanya sangat unik sampaikan kita sendiri tak tahu jenis dan jenama kereta tersebut.

Baru-baru ini, kehadiran TMJ ke majlis pelancaran permohonan aplikasi online Rumah Impian Bangsa Johor di pejabat Yayasan Sultan Ibrahim sekali lagi menarik perhatian orang ramai. Nak tahu kenapa?

Kali ni, TMJ membuat kelainan kerana hadir ke majlis tersebut bukan dengan menaiki supercar atau sportcar yang selalu kita lihat, tetapi TMJ memilih untuk memandu kancil model lama yang berwarna hitam. Legend betul!

Satu video telah dikongsi oleh seorang netizen, Muhammad Jefreel di Facebook miliknya, TMJ dilihat sedang mahu berangkat pulang daripada majlis tersebut dan menuju ke kereta Kancil itu yang diiringi polis pengiring. Kereta-kereta lain yang mengiringi rombongan itu semuanya terdiri daripada kereta mewah dan jenama luar negara.

Lebih menarik, TMJ memandu sendiri kereta kancil dengan nombor pendaftaran JBL 2. Bukan itu sahaja, kancil unik itu juga mempunyai sunroof.

TMJ juga pernah berkongsi gambarnya bersama kereta kancil tersebut di laman rasmi Facebook pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, Johor Southern Tigers pada Jun lalu. Itu merupakan kereta pertama miliknya yang dikurniakan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor sewaktu TMJ memperolehi lesen kenderaan buat pertama kalinya.

Pasti banyak kenangan TMJ dengan kereta kancil tu kan? Ya lah, kereta yang penuh dengan sentimental value lah katakan. Korang jangan pulak perli orang yang pakai kereta kancil lepas ni, TMJ pon tak malu pakai kereta kancil!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...