Sempoi Ustaz Azhar Idrus Usik Syed Saddiq Bila Nak Hidup Berdua – “Orang Mana? Utara Ke Selatan?”

Trending

Sempoi Ustaz Azhar Idrus Usik Syed Saddiq Bila Nak Hidup Berdua – “Orang Mana? Utara Ke Selatan?”

Peminat Bella Astillah dan Syed Saddiq sudah tentu tertanya-tanya bila mereka mahu ke peringkat seterusnya kan?

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) mencuri perhatian apabila dengan sempoi mengusik Ahli Parlimen Muar itu ketika mereka berdua hadir ke sebuah acara baru-baru ini.

Advertisement

Menerusi video yang dimuat naik akaun Primavalet, UAI sempat berseloroh dan bertanya Syed Saddiq bila agaknya Ahli Parlimen berusia 32 tahun itu mahu hidup berdua.

Bila nak duduk berdua? Orang mana? Utara ke Selatan?”

Menyedari ada yang merakam perbualan itu, Syed Saddiq hanya menjawab kepada UAI untuk ‘sembang tepi’ tentang jawapan kepada soalannya.

Syed Saddiq bagaimanapun sempat meminta agar UAI mendoakan yang baik-baik buatnya.

Doakan saya ustaz. Orang mana, yang tu kita bincang tepi. Mereka tengah rekod ni, bahaya…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PrimaValet (@primavalet)

Ramai netizen berterima kasih kepada UAI kerana sudah mewakili mereka yang mahu bertanyakan soalan berkenaan kepada Bella Astillah dan Syed Saddiq.

Dalam pada itu, ramai turut mendoakan agar mereka berdua dijodohkan dan semoga semua urusan mereka dipermudah.

peminat nak movie BASS
4 weeks ago

Peminat Nak Filem Kisah #BASS Ditayangkan, Eizlan Yusof Tunggu 'Green Light' Dari Syed Saddiq & Bella Astillah - "Produser Pun Dah Bersedia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...