Sempena Ulangtahun Ke-20 ‘Spongebob Squarepants’, Nike Memperkenalkan Kasut Koleksi Khas

Fesyen

Sempena Ulangtahun Ke-20 ‘Spongebob Squarepants’, Nike Memperkenalkan Kasut Koleksi Khas

“Who lives in a pineapple under the sea? Spongebob Squarepants!”

Sempena ulangtahun ke-20 tahun animasi terkenal Spongebob Squarepants, Nike X Kyrie menampilkan koleksi kasut menggunakan rekaan watak dari animasi itu. Turut berkolaborasi bersama Nickelodeon, koleksi ini tampil dengan watak utamanya Spongebob, Patrick, Squidward, Sandy dan Mr.Krabs.

Advertisement

Setiap rekaan ini dihasilkan mengikut warna yang menjadi tema kepada karakter masing-masing. Perinciannya juga dibuat berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada karakter yang dipilih.

Nike X Kyrie Spongebob Squarepants
Rekaan watak Spongebob Squarepants pada bahagian dalam tapak kasut
Nike X Kyrie Patrick
Rekaan watak Patrick pada bahagian dalam tapak kasut
Nike X Kyrie Squidward Tentacles
Rekaan watak Squidward Tentacles pada bahagian dalam tapak kasut
Nike X Kyrie Sandy
Rekaan watak Sandy pada bahagian dalam tapak kasut
Nike X Kyrie Mr.Krabs
Rekaan watak Mr.Krabs pada bahagian dalam tapak kasut
Koleksi ini boleh mula didapatkan pada 10 Ogos 2019 ini dengan harga yang bermula pada $130 (RM536). Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh terus ke laman rasmi Nike untuk pembelian secara atas talian.

Kepada peminat animasi Spongebob Squarepants, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi istimewa ini.

Sumber: Nike

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...