Sempena Ulang Tahun Perkahwinan, BCL Tabur Kelopak Mawar Di Pusara Ashraf Sinclair

Hiburan

Sempena Ulang Tahun Perkahwinan, BCL Tabur Kelopak Mawar Di Pusara Ashraf Sinclair

Mengenangkan tarikh ulang tahun perkahwinan bersama arwah suaminya, Ashraf Sinclair, penyanyi popular Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa BCL tampil kunjungi pusara Ashraf.

Advertisement

Sejak pemergiaan suaminya, BCL dilihat amat jarang memuat naik aktiviti atau foto terkininya di laman Instagram.

Namun sempena ulang tahun perkahwinan yang ke 11, BCL seakan berkongsi sebuah momen di laman Instagramnya yang menyatakan tanggal 8 November merupakan tarikh paling bermakna buatnya.

“Selamat ulang tahun.”

Menerusi entri tersebut, pusara Ashraf dilihat dipenuhi dengan kelopak mawar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa sayu dengan perkongsian itu, malah mereka juga dilihat tidak ketinggalan mengucapkan selamat ulang tahun dan dan menitip doa buat Allahyarham.

Untuk rekod, Bunga dan Ashraf sebelum ini telah sah menjadi suami isteri pada 8 November 2008 di Jakarta, Indonesia.

Namun, jodoh tidak berpanjangan apabila Ashraf disahkan meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...