Usahawan kosmetik terkenal dan penuh kontroversi, Datuk Seri Vida baru-baru ini telah pun menyambut hari kelahiran ke-50 di samping anak-anak dan keluarga tersayang.
Sentiasa dekat di hati peminat, DS Vida juga turut bersiaran langsung di Instagram sempena sambutan hari jadinya yang telah memasuki angka separuh abad itu.
Ujar Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, dia tidak mahu sebarang hadiah daripada peminat namun hanya memerlukan doa yang baik-baik daripada netizen.
Saya tak perlu hadiah semua, saya dah ada belaka, Alhamdullilah. Saya perlukan doa, saya perlukan kasih sayang Allah S.W.T. Nak barang kemas, ada dah. Barang kemas bukan setakat pakai, dah ada kedai. Nak beg tangan, dah penuh rumah. Nak kereta, kereta dah ada. Nak rumah, ada dah dalam 20 rumah saya. Itu riaklah pulak tu.
Di samping itu, ibu kepada pelakon Cik B ini sempat berkongsikan tips dan amalam yang sering dilakukan setiap kali menjelang ulang tahun kelahirannya itu.
Katanya, dia akan membaca surah Al-Fatihah untuk diri sendiri, arwah kedua anaknya, keluarga dan ibu serta peminat di luar sana.
Dalam kegembiraan menyambut hari bahagia bersama peminat di IG Live miliknya itu, ada pula peminat yang meminta DS Vida supaya tidak lagi menyebut nama Iqbal dalam sebarang hantaran media sosialnya selepas ini.
Terdahulu, nama Vida menjadi bualan hangat netizen berikutan kisah cintanya bersama bekas pembantu peribadi, Iqbal Zulkefli yang terhalang akibat tidak direstui anak-anak usahawan kosmetik itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.