Sempena Ramadhan : Semua Masjid Di Pahang Laung Azan Waktu Subuh 2 Kali.

Trending

Sempena Ramadhan : Semua Masjid Di Pahang Laung Azan Waktu Subuh 2 Kali.

Masjid dan surah di Pahang akan melaungkan azan sebanyak dua kali pada waktu subuh. Setengah jam sebelum masuk waktu dan disusuli dengan azan bagi menandakan masuknya waktu subuh.

Advertisement

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, perkara itu telah mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini.

“Setelah berunding dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang, ia bersetuju supaya dilaksanakan azan dua kali itu.

“Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) juga telah mengeluarkan surat mengenai pelaksanaan itu untuk diedarkan ke masjid dan surau di seluruh negeri ini, “ kata beliau sebagaimana lapor Bernama.

Azan pertama hendaklah dilaungkan setengah jam sebelum masuk waktu Subuh disusuli dengan laungan kedua pada waktu Subuh seperti yang ditetapkan.

Selain menghidupkan semula sunnah Rasulullah, ia juga membantu mengejutkan umat Islam dari tidur bagi membuat persediaan bersahur.

“Perkara ini juga dilaksanakan di negara-negara Arab,” katanya lagi.

Sementara itu, surat arahan mengenai perkara itu telah dimuat naik di media sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...