Sempena Perayaan Krismas, PDRM Tawarkan Diskaun Sebanyak 50% Untuk Saman Trafik

Kehidupan

Sempena Perayaan Krismas, PDRM Tawarkan Diskaun Sebanyak 50% Untuk Saman Trafik

Untuk mereka yang masih mempunyai tunggakan saman yang belum dibayar, mungkin inilah masa terbaik untuk anda menjelaskannya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk saman trafik sempena perayaan Krismas ini. Perkara ini juga turut diumumkan di laman Facebook rasmi PDRM semalam.

Advertisement

Bermula daripada 24 hingga 26 Disember ini, anda boleh membuat pembayaran bermula jam 8.30 pagi sehingga 4 petang. Pembayaran saman boleh dibuat di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H. S. Lee, Kuala Lumpur.

Semua saman layak mendapat diskaun kecuali:

  • Saman kemalangan
  • Saman berstatus NC (non compoundable)
  • Saman berstatus waran tahun semasa
  • Saman dalam perbicaraan
  • Saman OPS selamat tahun semasa
  • Saman berstatus mahkamah & saman berkaitan lori

Jangan lepaskan peluang untuk menyelesaikan semua saman tertunggak anda. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...