Untuk mereka yang masih mempunyai tunggakan saman yang belum dibayar, mungkin inilah masa terbaik untuk anda menjelaskannya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk saman trafik sempena perayaan Krismas ini. Perkara ini juga turut diumumkan di laman Facebook rasmi PDRM semalam.
Semua saman layak mendapat diskaun kecuali:
- Saman kemalangan
- Saman berstatus NC (non compoundable)
- Saman berstatus waran tahun semasa
- Saman dalam perbicaraan
- Saman OPS selamat tahun semasa
- Saman berstatus mahkamah & saman berkaitan lori
Jangan lepaskan peluang untuk menyelesaikan semua saman tertunggak anda.