Sempena Hari SME, Jom Tunjukkan Sokongan Pada Usahawan Mikro, Kecil & Sederhana!

Branded

Sempena Hari SME, Jom Tunjukkan Sokongan Pada Usahawan Mikro, Kecil & Sederhana!

Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS/SME) merupakan salah satu industri yang memberi impak serta sumbangan yang besar kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara terutamanya dalam tempoh pemulihan COVID-19.

Namun begitu, dalam keadaan ekonomi yang semakin meruncing dan penarikan subsidi dalam beberapa sektor mula memberi tekanan kepada usahawan SME. Ramai peniaga mula mengeluh dengan kenaikan harga barang yang mula menggugat perniagaan mereka.

Dalam keadaan seperti ini, adakah kita sebagai pengguna mempunyai ‘kuasa’ untuk membantu usahawan SME untuk kekal bertahan?

unifi Business x SME Day

Hari SME Sedunia x unifi

Inilah masanya untuk anda tunjukkan penghargaan kepada SME tempatan dengan menyertai unifi Business meraikan usahawan mikro,kecil dan sederhana sempena Hari SME Sedunia yang disambut pada tanggal 27 Jun setiap tahun.

Memandangkan ini merupakan kali pertama Hari SME disambut secara meluas di negara ini, sambutannya telah bermula sejak 1 yang lalu Jun dengan kemuncak pada 20 hingga 30 Jun 2022.

Support usahawan mikro, kecil dan sederhana dengan menyertai #BelanjadiSME

Hari SME Sedunia x unifi

Sempena Hari PMKS 2022 ni, BeautifulnNara nak ajak anda join satu challenge daripada unifi untuk membantu mempromosikan usahawan SME di media sosial. Anda berpeluang untuk menang hadiah berjumlah sehingga RM50 ribu tau!

Antara hadiah yang ditawarkan ialah percutian 3H2M (4pax), Android TV, tablet, jam tangan pintar, peranti pintar dan banyak lagi. Macam mana nak join? Ikut je langkah di bawah:

Langkah 1: Rakamkan gambar perniagaan SME favourite korang secara fizikal atau maya, kalau boleh tunjukkan sekali produk yang mereka jual. 

Langkah 2: Muat naik di sosial media dengan kapsyen kreatif serta #BelanjadiSME

Langkah 3: Tunggu pengumuman keputusan. Mungkin koranglah pemenang yang dicari!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusman Ammeran (@mr_usefulman)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abby Rawk Gewdiq (@crabbypatty_abby)

Anda peniaga? Jom dengar perkongsian daripada ‘otai’ SME!

Eah tunggu dulu, bukan itu saja. Sempena Hari SME ni juga, anda juga boleh menimba pengetahuan daripada peniaga SME yang mendigitalkan perniagaan dalam rancangan bual bicara eksklusif dalam Sembang Bisnes di unifi Business FB Live dan Astro Awani bermula 20-30 Jun 2022 ini.

Hari SME Sedunia x unifi

Mark kalendar anda supaya tak terlepas perkongsian best ni!

Astro Awani

21 Jun (8.30 pagi)- Saharuddin Ahmad dari Mega Laziz Patin Food Industry

22 Jun (9.00 malam)- Azizul Julirin dari Kundasang Aquafarm

25 Jun (10.30 malam) – Anne Teo dari Hernan Corporation

27 Jun ( 9.00 pagi) – Joanne Goh dari Jazzy Group

Sembang Bisnes FB Live

23 Jun (11.00 pagi) – Yasmin Karim dari Pops Malaysia 

27 Jun (3.00 petang) – Nadira Yusoff dari Kiddocare

Kami yakin perkongsian ini pasti memberikan ilmu baru untuk anda sebagai seorang usahawan atau bakal usahawan. Bila dengar daripada orang berpengalaman ni, barulah kita boleh mengetahui jalan dan liku dalam bidang perniagaan ni.

Jadi tunggu apa lagi? Tunjukkan sokongan kepada SME tempatan dengan menyertai #BelanjadiSME dan jangan lupa juga untuk tonton perkongsian ilmu perniagaan daripada otai SME. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hari SME 2022 ikuti Facebook unifi Business, Instagram unifibusinessclub atau layari https://ubc.unifi.com.my/BelanjaDisme.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...