Pejam celik pejam celik, tahun 2016 kini sudah berada di bulan Ogos. Bila sebut bulan Ogos ini, perkara pertama yang terlintas di kepala ialah Hari Kemerdekaan. Tahun ini negara kita Malaysia yang tercinta akan menyambut kemerdekaannya yang ke 59. Teringat masa belajar Sejarah dulu. Betapa hebatnya pejuang-pejuang kemerdekaan, bermandi peluh, bermandi darah dan berjuang untuk membebaskan Malaysia daripada penjajah.
Di tahun 2016 ini, kita sebagai rakyat Malaysia kini hidup bebas, tenang dan damai. Tak ada lagi nak kena pergi angkat senapang, baling tombak, hunus keris dan sebagainya demi mempertahankan maruah negara. Tapi kita kenalah sentiasa beringat. Langit tak selalunya cerah. Dan kita juga kena sentiasa mengenang jasa para pejuang kemerdekaan. Jadi bersempena Hari Kemerdekaan kali ini, Abang Nara nak ajak anda semua mengeluarkan peluh jantan yang dah lama terpendam dalam badan itu dengan menyertai myBuddies Run 2016 #sehatisejiwa.
Bakal berlangsung pada 21 Ogos ini di Cyberjaya, myBuddies Run 2016 #sehatisejiwa dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Mulitmedia Malaysia bersama MYNIC serta merupakan acara rasmi sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 59. Daripada anda terperap di rumah tanpa berbuat apa-apa, apa kata bangun awal pagi, berkumpul ramai-ramai di Cyberjaya dan tunjukkan semangat cintakan Malaysia dengan berlari beramai-ramai tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Masa inilah untuk kita tunjukkan semangat 1Malaysia.
Abang Nara Insya Allah jika tak ada aral melintang dan anak tak demam, akan turun padang untuk memeriahkan lagi suasana. Macam biasa akan ada 3 kategori untuk kita sertai. Abang Nara confirm ambil yang 3km je. Itu pun rasanya dah pancit dah. Pendaftaran boleh dilakukan di www.mybuddies.my. Macam-macam benda free akan korang dapat bila daftar. Contohnya t shirt, medal, goodie bag dan software anti virus. Berbaloi sangat dengan duit pendaftaran.
Itu belum kira pelbagai hadiah yang boleh dimenangi dengan menyertai myBuddies Run 2016 #sehatisejiwa ini. Abang Nara memang tak ada harapanlah. Sekadar pergi nak meriahkan keadaan je. Ada nasib baik boleh menang lucky draw yang jumlah hadiahnya RM65,000. Tak dapat Proton Iriz dapat basikal pun jadilah. Mana tahu rezeki kan? Ha dan kalau korang memang pelari tegar, jangan risau sebab hadiah berjumlah wang tunai RM20,000 akan diberikan kepada pemenang-pemenang kategori 10,000 km. First prize akan dapat cash dan trofi. Tapi kalau anda kreatif, rebutlah peluang untuk jadi awesome runner, nasib badan boleh menang duit RM100.
Abang Nara rasa ini la part yang paling best ni…hehe.. Sebelum nak start lari tu, boleh melayan sesi body combat selama 30 minit dengan Sharifah Sakinah. Terus semangat Abang Nara nak pergi. Nak buat panas badan kan, so kurang sikit risiko nak kejang otot, biasa la Abang Nara jarang sikit berlari, so kena la pastikan badan cukup panas.
Jadi tunggu apa lagi? Daftar sekarang juga di www.mybuddies.my. Jangan lupa ikuti Facebook myBuddies MYNIC dan instagram @mybuddiesmy. Sila tandakan tarikh 21 Ogos 2016 ini. Kita pakat ramai-ramai meriahkan larian bersempena Hari Kemerdekaan ini. Semoga dengan berlari bersama, semangat cintakan Malaysia kita akan bertambah up!!!