Sempena Hari Kebangsaan, Proton Keluarkan “Teaser” Model X50

Automotif

Sempena Hari Kebangsaan, Proton Keluarkan “Teaser” Model X50

Menerusi video sambutan Hari Kebangsaan yang ke 63, Proton telah memuat naik sebuah video yang memang cukup “epic”.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa babak yang menunjukkan reka bentuk kenderaan terbaru yang bakal dilancarkan mungkin seawal bulan Oktober ini.

Advertisement

Selain itu, terdapat juga babak yang mengacah lampu LED hadapan serta lampu “DRL” Proton X50 yang sememangnya cukup bergaya.

 

 

Bukan itu sahaja, dengan sekali imbas, lampu hadapannya memang nampak cukup “premium”.

Jika di lihat dari sudut pandangan belakang pula, sememangnya ada iras Geely Binyue yang dipasarkan di China. 

Pastinya ramai yang tidak sabar menunggu pelancaran Proton X50 ini yang pastinya memberi saingan hebat kepada model Honda HRV dan Mazda CX-3. Dan yang paling penting sekali, harganya pasti jauh lebih rendah.

Anda boleh menonton video sambutan Hari Kebangsaan ke-63 di bawah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...