Sebelum ini, kita dapat lihat berita mengenai negara Brunei memendekan waktu bekerja sempena menyambut bulan Ramadan, dimana pukul 2 petang pekerja sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Pahang ikut jejak langkah
Terbaru, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar waktu bekerja penjawat awam di Pahang dipendekkan setiap hari Jumaat sempena bulan puasa.
Penjawat awam di negeri terbabit boleh pulang ke rumah seawal 12.30 tengah hari setiap hari Jumaat.
Di kesempatan ini, patik merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mula Tuanku atas keprihatinan dan kecaknaan terhadap kesejahteraan patik-patik sekalian.
Semua jabatan negeri, pejabat daerah luar negeri..
Penetapan waktu kerja dipendekkan ini turut melibatkan semua jabatan negeri, pejabat daerah luar negeri, pejabat daerah dan tanah, pihak berkuasa tempatan serta badan berkanun negeri.
Sekadar info, umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan pada tanggal 12 Mac iaitu hari Selasa dengan pengumuman rasmi mengenai tarikh mula berpuasa dibuat pada hari Ahad.