Minggu lalu, tular mengenai satu video yang memaparkan aksi sekumpulan pelajar rancak memukul seorang rakan sekolah mereka di media sosial.
Dan menurut laporan Astro Awani, seramai 6 orang pelajar perempuan dan seorang bekas pelajar sebuah sekolah di Kota Kinabalu telah berjaya ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.
Pelajar perempuan yang berada dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun itu turut ditemani ibu bapa masing-masing ketika di balai polis.
Pihak Polis Daerah Kota Kinabalu juga memberi amaran bahawa pihak berkuasa sama sekali tidak akan berkompromi dengan segala kes berbentuk kekerasan yang melibatkan pelajar sekolah.
Tidak terhenti setakat itu, salah seorang pelajar yang ditahan itu didakwa sempat memuat naik foto mereka tersenyum gembira di WhatsApp Status sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.
Ia sekaligus telah mengundang perasaan geram di kalangan netizen yang rata-rata mengecam tindakan gadis-gadis bawah umur itu yang sudah berani berkelakuan seperti samseng di sekolah.