Sempat Buat IG Live Anak Hilang Di Bazar Ramadan, Zarina Zainuddin Dikecam Netizen

Hiburan

Sempat Buat IG Live Anak Hilang Di Bazar Ramadan, Zarina Zainuddin Dikecam Netizen

Pelakon senior, Zarina Zainuddin baru-baru ini ada berkongsi detik cemas apabila anaknya, Azil tiba-tiba sahaja hilang sewaktu mereka berkunjung ke sebuah bazar Ramadan di Shah Alam pada hari Sabtu yang lalu.

Perkara tersebut dikongsikan Zarina menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan bersama peminat.

Advertisement

Dalam video tersebut, Zarina turut berkongsi saat-saat pencarian Azil yang juga merupakan seorang golongan istimewa di mana anaknya itu seorang penghidap autisme.

Ujar Zarina dalam video itu, Azil mungkin hilang kerana ingin ke tandas untuk membuang air kecil.

Tidak lama kemudian, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu memaklumkan bahawa dia telah menjumpai anaknya yang sebenarnya sedang menunggu dia di tempat letak kereta.

Meskipun begitu, hantaran berkenaan turut mengundang kecaman daripada sesetengah netizen yang menganggap Zarina seolah-olah ingin mencari perhatian gara-gara memuat naik video cemas tersebut di IG.

“Semua benda nak record ke? sampai anak hilang pun sempat nak record..” tulis seorang pengguna media sosial.

Namun, komen cemuhan tersebut tidak disenangi ramai pengguna media sosial kerana menyifatkan mereka juga akan melakukan perkara sama sekiranya anak mereka hilang di khalayak ramai.

Dalam pada itu, ramai peminat dan juga rakan-rakan artis turut meluahkan rasa lega kerana Azil telah ditemui dan mendoakan agar kehidupan anak beranak ini dilindungi sepanjang masa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...