Isu rumah tangga masih menjadi tumpuan netizen di media sosial semenjak seorang personaliti media sosial Alif Teega telah mengumumkan dirinya sudah bernikah lagi. Aisyah Hijanah sebagai isteri pertamanya juga meraih simpati dari orang ramai kerana telah dimadukan.
Namun, di tengah kontroversi berkenaan, tular sebuah video anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan ahli politik iaitu Nurul Izzah, telah berjumpa dengan Aisyah di sebuah pameran buku di Shah Alam.
Sempat juga bertemu empat mata dengan saudari Aisyah. Terus kuat.
Terima kasih wakilkan dan bagi semangat dekat Aisyah.
@n_izzah_anwar Menghadiri Selangor International Book Fair untuk memberi sokongan kepada semua pencinta & penulis buku, serta penulis dari negara seberang Asma Nadia. Sempat jua bertemu empat mata dengan saudari @aisyahhijanah ♬ original sound – n_izzah
Dalam video tersebut, terlihat Nurul Izzah ini memeluk Aisyah sambil memberikan kata-kata semangat padanya. Pelukan di antara dua wanita hebat itu meraih perhatian warganet yang turut terharu melihat mereka berdua. Tambahan pula, rata-rata juga menyatakan terima kasih kepada mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana sempat mengambil masa untuk berjumpa dengan Aisyah tatkala isteri Alif itu sedang dilanda ujian rumah tangga.
Sebelum ini, sempat tular kenyataan dari Alif yang mengatakan dirinya sedang menyiapkan kedua isterinya untuk diajak berjumpa. Hal tersebut telah menaikkan kemarahan netizen kerana dianggap tidak sensitif kepada isteri pertamanya yang sedang mengandung.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.