Sempat Belikan Baju Raya Untuk Adik, Rider FoodPanda Meninggal Dunia

Kehidupan

Sempat Belikan Baju Raya Untuk Adik, Rider FoodPanda Meninggal Dunia

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak kisah kemalangan maut yang melibatkan rider penghantar makanan telah kita dengari.

Baca: Puluhan ‘Runner’ Foodpanda Iringi Rakan Seperjuangan Yang Maut Kemalangan Hingga Ke Tanah Perkuburan

Advertisement

Untuk pengetahuan, kisah sedih ini turut menimpa seluruh keluarga dan juga kenalan remaja yang bernama Mohd Adib Andy Mohd Ali. Arwah dikatakan terlibat dalam kemalangan maut yang membabitkan sebuah lori dan meninggal ditempat kejadian di Dengkil, Sepang pada Sabtu lalu.

Difahamkan, arwah baru sahaja berkhidmat sebagai rider penghantar makanan selama tiga minggu.

Kisah pemergian pemuda berumur 21 tahun ini tular sejak ibu saudaranya, Siti Maryam Asri membuat posting mengenai perkara ini di Facebook.

“Jelas kehilangannya sangat memberi kesan kepada keluarga kami terutama sekali ibunya.”

Posting ibu saudaranya

Menurut apa yang diceritakan oleh ibu saudaranya, arwah yang kini merupakan tulang belakang keluarga itu seorang yang pendiam dan juga pemalu ketika hayatnya.

Siapa sangka dalam usia mudanya, beliau telah banyak melakukan pelbagai pekerjaan sambilan untuk meringankan beban ibu bapanya.

“Kerja sekuriti pun dia tak kisah, asalkan dapat bantu keluarga.”

Lebih mengharukan, arwah yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik ini dikatakan sempat membelikan baju raya untuk adik-beradiknya tahun ini sebelum terlibat dalam kemalangan itu.

Turut diceritakan bahawa salah seorang adiknya, Airil juga sempat membelikan baju raya untuk arwah sebagai balasan, namun tidak sempat dipakai olehnya raya ini.

“aku penatlah esok aku nak tidur”

Arwah adib

Sesungguhnya dunia ini tempat persinggahan sahaja, pelbagai perubahan sikap arwah juga dapat dilihat oleh rakan-rakan sekerjanya. Selain itu, arwah yang dikatakan sering bangun lewat untuk bersahur itu, tiba-tiba bangun pada awal pada hari kejadian dan makan dengan selera sambil bersembang riuh dengan keluarganya.

Jenazah Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20 Putrajaya kira-kira jam petang semalam (19 Mei).

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Jom like Facebook & follow Twitter Amazing Nara bagi mendapatkan berita dan cerita terkini lagi sensasi di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...