Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sempat Bagi ‘Pick-Up Line’, Remy Ishak Puji Sikap Profesional Para Petugas Barisan Hadapan

Remy Ishak

Pelakon lelaki terkenal, Remy Ishak khabarnya baru saja selesai menjalani ujian calitan COVID-19 (swab test) secara pandu lalu, beberapa hari yang lalu.

Remy IshakSumber : Instagram Remy Ishak  

Dia turut berkongsikan video ketika ujian calitan itu berlangsung menerusi laman Instagramnya untuk tatapan peminat serta pengikut media sosialnya.

Advertisement

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak,39, kemudiannya mencuri tumpuan peminat apabila sempat memberikan ayat manis atau ‘pick-up line’ buat petugas kesihatan yang melakukan ujian tersebut terhadap dirinya. Dia yang diminta untuk memandang ke arah depan sebelum sampel diambil sempat berseloroh dengan tujuan bergurau, mungkin untuk mengurangkan gentar.

View this post on Instagram

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

“Pandang awak je tak boleh?” usik Remy kepada seorang staff perubatan ketika menjalani ujian saringan.

Manakala menerusi kapsyen video pendek tersebut, pelakon filem Pulang ini turut memuji sikap profesional petugas kesihatan yang berbudi bahasa dan sangat tertib ketika menjalankan tugas.

View this post on Instagram

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan gelagat pelakon kacak serta sikap baik yang ditunjukkan petugas barisan hadapan dalam menentang penularan wabak COVID-19.

SUMBER : Instagram Remy Ishak
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top