Sempadan Bukit Kayu Hitam Sesak Sehingga 4 Jam, 17,000 Pelancong Malaysia Masuk Thailand

Berita

Sempadan Bukit Kayu Hitam Sesak Sehingga 4 Jam, 17,000 Pelancong Malaysia Masuk Thailand

Kesesakan hampir empat jam dilaporkan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam apabila ribuan pelancong Malaysia mengambil kesempatan bercuti ke Thailand sempena cuti sekolah dan Hari Malaysia. Laluan menuju sempadan sejauh 1.5 kilometer mula padat seawal jam 6 pagi, lapor Harian Metro.

Seorang pelancong dari Perak, Salehudin Abdul Aziz, berkata beliau bersama keluarga dan dua kereta lain terperangkap berjam-jam sebelum tiba di kaunter imigresen. “Kami rancang untuk bersarapan di Hatyai, tapi terpaksa makan dalam kereta. Hotel sudah ditempah, jadi terpaksalah sabar,” katanya.

Advertisement

Jam masuk thailand

Ramlah Ismail, 40, dari Selangor pula berkongsi pengalaman sama. Katanya, walaupun gembira akhirnya dapat bercuti ke Thailand, perjalanan itu menguji kesabaran. “Kami duduk hampir empat jam dalam kereta dengan cuaca panas. Pasport hanya siap dicop sekitar jam 1 petang,” ujarnya.

Menurut Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, kesesakan di pintu sempadan berlaku sejak semalam dan dijangka berterusan hingga 21 September. Beliau memaklumkan, seramai 21,971 pelancong direkodkan keluar masuk, termasuk 17,030 dari Malaysia ke Thailand.

Eda Ezrin trauma nak ke Thailand
2025-08-20 16:40:40

Eda Ezrin Trauma Nak Jejak Kaki Ke Thailand, Lebih Berwaspada Untuk Percaya Kawan - "Tiada Yang Datang Melawat..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...