Seperti diketahui ramai, sejak berlaku kemelut bersama balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Hidayah, nama Ali Puteh sering menjadi sasaran kecaman netizen.
Baru-baru ini, Ali mendedahkan dirinya menerima makian daripada seorang individu tidak bertanggungjawab yang sanggup mendoakan agar dia tidak dapat melunaskan ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Hidayah.
Bukan itu saja, dapat dilihat dari hantaran yang Ali muat naik tersebut, indivdiu itu turut berkata pelawak terbabit tidak perlu wujud dalam masyarakat serta melabelnya sebagai haiwan babi.
View this post on Instagram
Biarpun menerima cemuhan seperti itu, Ali bagaimanapun tidak mudah melatah dan membalas makian tersebut dengan tenang serta memberitahu dirinya sudah hampir selesai membayar ganti rugi itu.
Dalam pada itu, adik kepada arwah Abam itu turut menyuruh orang ramai meningkat amal pada bulan mulia ini serta mengucap terima kasih kepada individu tersebut kerana melontarkan kata-kata negatif pada bulan Ramadan.
Sekadar info, Ali Puteh berjanji akan melunaskan ganti rugi sebanyak RM60,000 sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri kerana enggan rumah arwah ibu disita.