“Semoga Rumah Kalian Tak Diuji” – Shuhada Titip Doa, Harap Perkahwinan Hafidz Dan Athira Bahagia

Hiburan

“Semoga Rumah Kalian Tak Diuji” – Shuhada Titip Doa, Harap Perkahwinan Hafidz Dan Athira Bahagia

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada berkata dia mendoakan kebahagiaan bekas suaminya itu sekiranya dia mengambil keputusan untuk bernikah dengan wanita yang pernah dikaitkan dengan keretakan rumah tangga mereka, Athira Yuhada.

Memetik Oh Bulan, Shuhada berharap agar perkahwinan Hafidz nanti tidak diuji sama seperti rumah tangga mereka sebelum ini.

Advertisement

Semoga Allah tidak duga rumah tangga mereka nanti seperti mana Allah duga rumah tangga saya dan dia (Hafidz).

Yang baik-baik untuk kalian berdua saya doakan, Insya-Allah. Be happy dan lihat juga saya happy.

Perkara itu diluahkan Shuhada setelah selesai prosiding lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, minggu lalu.

Hafidz dalam pada itu dikatakan bakal mendirikan rumah tangga bersama Athira dan akan memaklumkan setelah prosiding perceraian itu selesai tidak lama lagi.

Tanggal 27 Julai lalu, ikatan perkahwinan antara Shuhada dan Hafidz akhirnya terlerai setelah kedua-duanya sah bercerai dengan talak satu.

Hasil perkongsian hidup, Hafidz dan Shuhada telah dikurniakan dua orang anak iaitu Humairah dan Umar yang kini masing-masing berusia 6 dan 2 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Qistina Raisah
9 months ago

"Anugerah Itu Ibarat Saja, Macam Tiada Apa-Apa" - Qistina Raisah Idam Trofi, Minta Jangan Hina Pelakon Yang Tak Menang Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...