Sejak beberapa hari ini, laman forum tempatan kecoh dengan khabar angin mengatakan Sharnaaz Ahmad telah menumbuk kekasihnya Noor Nabila dan meninggalkannya di stesen minyak selepas kejadian itu berlaku. Malah, ada yang mendakwa hubungan mereka sudah berakhir.
Walaubagaimanapun, Nabila menerusi akaun Instagramya telah menafikan dakwaan liar berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya dan Sharnaaz.
Saya ada dengar rumours bodoh about me and sharnaaz, saya doakan sapa yang buat fitnah tu dan penyebar cerita tak betul tu semoga mendapat hidayah dan keampunan dari Allah swt.
Dosa fitnah lebih teruk dari membunuh. Baik bunuh orang je dik oi. Jangan sibuk hal org, jaga diri sendiri tu belum tentu lagi awak ada tiket masuk syurga nak tambah dosa tu kenapa.
Saya nak ajak semua org yg follow saya ni 178k ni, doakan org tu, semoga Allah bersihkan hati dia.
Nampaknya cinta Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad masih utuh. Bersabarlah dengan segala tuduhan yang dilemparkan. Harapnya rencana mereka berdua untuk ke jinjang pelamin akan dipermudahkan.