“Semoga Menjadi Asbab Bella Ikut Sama..” – Aisyah Aziz Dipuji Sopan Bertudung, Nama Bella Astilah Turut ‘Dipetik’

Hiburan

“Semoga Menjadi Asbab Bella Ikut Sama..” – Aisyah Aziz Dipuji Sopan Bertudung, Nama Bella Astilah Turut ‘Dipetik’

Baru-baru ini penyanyi berbakat, Aisyah Aziz telah menarik perhatian wargamaya apabila dirinya muncul dengan penampilan bertudung selepas dia telah kembali dari mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.

Sopan bertudung

Ekoran itu, tular sebuah video di laman TikTok yang memaparkan Aisyah ketika sesi rehearsal untuk sebuah program televisyen di Singapura. Sambil mengalunkan lagu bertajuk Terakhir Ku Lihat Wajahmu milik Uji Rashid itu, penyanyi ini terlihat mengayakan dress hitam dan bertudung bawal.

Advertisement

Nama Bella ‘dipetik’

Namun demikian, ada pula netizen yang ‘memetik’ nama isteri kenapa abangnya, Alif Aziz iaitu Bella Astillah agar turut diberikan hidayah agar sama berhijab.

Aisyah sudah bertudung ke? Alhamdulillah semoga terus istiqamah.

 

Ayunya tampak Aisyah Aziz berhijab

 

Cantik anggun bertudung, semoga menjadi asbab Bella untuk terikut sama

Terdahulu, Aisyah pernah berkongsi bahawa dirinya mendapat hidayah untuk berhijab selepas memilih untuk mendalami agama Islam sejak setahun lalu. Katanya, dalam proses itu, dia tidak lagi mahu mengejar duniawi.

aisyah aziz
4 months ago

"Jiwa Makin Tenang, Tak Lagi Kejar Hal Duniawi" - Kini Sudah Berhijab, Aisyah Aziz Kongsi Keindahan Perbaiki Solat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...