Semalam. pertarungan yang ditunggu-tunggu di antara pempengaruh terkenal iaitu DMA Islam dan Abang Koroy nampaknya berakhir dengan kekalahan di pihak DMA.
Namun, kekalahan itu bukan sekadar soal keputusan di gelanggang, tetapi turut membuka ruang kepada teguran terbuka daripada figura dikenali, Da’i Wan.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Da’i Wan tampil menyuarakan pandangan yang lebih mendalam, bukan hanya mengenai dunia tinju tetapi juga berkaitan sikap dan akhlak generasi muda masa kini yang terlalu cepat menunjukkan ‘kejantanan’, walaupun belum memberi sumbangan yang jelas kepada masyarakat.
Da’i Wan dengan nada tegas menegaskan bahawa ‘kejantanan’ atau sifat maskulin bukan alasan untuk berlagak atau meninggi diri lebih-lebih lagi jika belum memiliki pencapaian besar yang boleh dibanggakan.
Yang masih muda, belum ada apa-apa sumbangan dan bukti karier. Jangan tunjuk rasa masculinity dengan lagak dulu, sebab belum layak.
Dia turut menegur soal adab dan tutur kata yang kini dilihat semakin diabaikan. Malah, katanya, jika akhlak tidak dijaga, jangan terkejut andai kejatuhan yang berlaku ditakdirkan Allah dalam keadaan penuh aib sebagai satu pengajaran.
Saya harap DMA Islam mula berubah sikap ke arah yang lebih baik. Buktikan dulu sumbangan kepada masyarakat dan umat.
Semoga lepas ini kenal erti tunduk dan hormat lebih dari show off masculinity. Ini hanyalah titik titik pengalaman kehidupan kalian.
View this post on Instagram
Dalam masa yang sama, dia turut mengucapkan tahniah kepada Abang Koroy atas kemenangan yang diraih.
Tambahnya, sukan tinju seharusnya menjadi medan mempererat silaturahim, bukannya tempat untuk menunjukkan ego.
Dia juga berharap kekalahan ini menjadi titik tolak untuk DMA berubah ke arah yang lebih positif dan matang.