“Semoga Kisah Ni Manfaat Buat Yang Lain” – Shuib Akui Berhabis Duit Main Judi, Syukur Dah Berhenti

Hiburan

“Semoga Kisah Ni Manfaat Buat Yang Lain” – Shuib Akui Berhabis Duit Main Judi, Syukur Dah Berhenti

Melalui sesi podcast di saluran YouTube Shuib iaitu Dol’s Podcast, pelawak tersebut membuat satu pengakuan mengejut mengenai dirinya pernah terjebak dalam permainan judi hingga alami kerugian besar.

Kerap bermain judi

Dapat podcast yang turut disertai oleh Fizie dan Shuk Sahar itu, Shuib berkata dia pernah ketagih bermain judi hingga sanggup membayar RM150 sekali main.

Advertisement

Aku bet 150 per spin, dalam satu minit sebenarnya boleh pergi dalam, 3 ke 4 spin, maksudnya dalam seminit berapa kau habiskan.

Akui Shuib lagi, ketagih bermain judi ketika itu pernah sampai ke satu tahap, di mana dia sendiri ingin melihat sejauh mana wang yang boleh diperolehi apabila bermain judi.

Bersyukur sempat berhenti

Bagaimanapun, dia rasa bersyukur kerana tersedar selepas menerima ancaman daripada pemain judi yang lain dan membuatkan dia berhenti menjadi pemain judi tegar.

Perbezaan dia MashaAllah, Allah nak bagi. Kadang-kadang kau rasa kau berjudi tu kau puas, bila kau menang kau gempak. Tapi kehidupan kau masih susah, bila aku berhenti, duit bukan kata boleh simpan, malah makin banyak.

Kata bekas ahli kumpulan Sepahtu itu lagi, selepas dirinya berhenti bermain judi, banyak rezeki yang datang seperti memulakan perniagaan Bubblebee dan banyak lagi.

4 months ago

Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali ‘Buat’ Hidung, Tak Tahan Diejek & Dibuli Sejak Sekolah - “Ada Yang Samakan Dengan B*bi”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...