“Semoga Kahwin!” – Siap Dapat Bunga Ros, Ramai Sokong Zarina Anjoulie ‘Get Back’ Dengan Zoey Rahman

Hiburan

“Semoga Kahwin!” – Siap Dapat Bunga Ros, Ramai Sokong Zarina Anjoulie ‘Get Back’ Dengan Zoey Rahman

Zarina Anjoulie telah menarik perhatian ramai selepas memuat naik beberapa keping foto bersama artis lelaki, Zoey Rahman di laman Instagramnya.

Zarina Anjoulie atau mesra dikenali sebagai Anju difahamkan telah menolong aktor tersebut untuk promosikan produk kosmetik Zoey di live TikTok, semalam.

Advertisement

Bukan itu saja, Anju juga telah mendapat sekuntum bunga mawar daripada aktor berkenaan sebagai tanda penghargaan sebelum mereka dilihat keluar makan bersama di sebuah restoran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Biarpun hanya menganggap Zoey teman rapat, netizen kebanyakkannya berharap agar mereka berdua menjalinkan hubungan mesra semula yang sebelum ini terputus secara tiba-tiba.

Bahkan, netizen turut mengakui kedua-dua selebriti tersebut kelihatan serasi untuk dilihat sebagai pasangan kekasih selain mendoakan hubungan itu berakhir di jinjang pelamin.

Sekadar info, beberapa hari lalu, hubungan Anju bersama tunang, Datuk Seri Elzey dikhabarkan sudah berakhir tetapi kini lelaki terbabit dikatakan bakal berjumpa dengan ayah pelakon berkenaan untuk membincangkan sesuatu, namun dirahsiakan motif perjumpaan tersebut.

1 year ago

(VIDEO) Bekas Tunang Mengaku Masih Sayang, Zarina Anjoulie Tersipu Malu - "Jangan Buat Kantoi!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...