“Semoga Jadi Asbab Dia Tawar Hati Nak Cerai..” – Datuk Red Bersyukur Adira Sambut Baik Kepulangan Ke Rumah

Hiburan

“Semoga Jadi Asbab Dia Tawar Hati Nak Cerai..” – Datuk Red Bersyukur Adira Sambut Baik Kepulangan Ke Rumah

Sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia kebelakangan ini, usahawan kontroversi, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red tidak sangka akan mendapat sambutan yang baik daripada isterinya, penyanyi Adira Suhaimi ketika pulang ke rumah.

Terima kepulangan dengan baik

Kata Datuk Red, pada awalnya dia bimbang isteri keduanya itu tidak akan menerimanya pulang ke rumah memandangkan hubungan rumah tangga mereka yang sedang dalam keadaan kurang baik.

Advertisement

Namun begitu, usahawan ini terkejut apabila Adira dengan senang hati menyambut kepulangannya selepas pulang kerja. Tambahnya, dia berharap agar ini menjadi satu sebab isterinya itu akan lembut hati.

Sejak enam hari sebelum itu saya tidak balik dan apabila pulang takut juga nak tahu reaksi Adira, tetapi dia terima dengan baik dan dia nampak ceria.

 

Malah dia juga banyak mengajar saya cara-cara untuk kendalikan laman TikTok.

 

Semoga ini juga jadi asbab dia tawar hati nak teruskan perceraian.

@dato..red #datored #abgred #fyp #fypシ ♬ Masa Laluku – Kangen Band

Dapat banyak tawaran

Pada masa yang sama, Datuk Red bersyukur kerana ditawarkan banyak peluang pekerjaan selepas dia mendedahkan tentang dirinya yang sudah muflis sejak lima tahun lalu.

Menurutnya, tawaran kerja itulah yang membantunya menampung perbelanjaan kewangannya bagi menyediakan kelengkapan anak-anak untuk menyambut hari raya.

Saya pun terkejut. Sebelum ini hidup saya gelap dan sekarang sudah mula nampak sinar.

 

Bagaimanapun saya kenalah memilih tawaran. Bukannya nak demand, tetapi dalam usia sekarang ini (46 tahun) perlu pilih kerja yang sesuai.

 

Dengan tawaran kerja sekarang ini dapatlah saya kumpul modal bagi memulakan perniagaan. Saya rancang nak jual baju.

Terdahulu, Datuk Red mengakui sedang mencari kerja semenjak dirinya telah diisytiharkan muflis dan mempunyai hutang yang mencecah juta ringgit.

datuk red
4 weeks ago

"Kami Tengah Tolak Motor, Dia Bagi RM200.." - Disifatkan 'Insan Pemurah', Ramai Dedah Datuk Red Rajin Bersedekah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...