Warganet digemparkan apabila pelakon jelita, Nadia Brian telah memuat naik gambar di akaun Instagramnya dengan imej baru yang bertudung labuh semasa menyertai solidariti Palestin bersama rakan selebriti yang lain.
Pelakon yang mempunyai sejuta followers di Instagram ini biasanya memperagakan pakaian yang seksi, namun demikian, bagi menunjukkan rasa hormat kepada solidariti tersebut, Nadia kelihatan anggun mengenakan tudung.
From the river to the sea, Palestine will be free.
View this post on Instagram
Berdasarkan hantaran yang sama, pelakon filem Blok 404 ini dipuji ramai bukan sahaja kerana menyebarkan kesedaran kepada orang ramai, tetapi juga kerana mula melangkah ke arah kebaikan.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata terpegun melihat Nadia bertudung dan turut mendoakannya agar sentiasa istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna.
Kali ni memang tak nafi, Nadia nampak lawa!
Walaupun hanya kerana tujuan menghadiri solidariti, mungkin dengan imej Muslimah ini, lebih ramai selebriti di Malaysia terbuka hati untuk berhijrah dan menggunakan platform media sosial mereka untuk berkongsi sokongan terhadap rakyat Palestin.
Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.