Baru-baru ini tular apabila pasangan suami isteri yang merupakan usahawan terkenal iaitu Aeril Zafril dan Wawa Zainal dikatakan telah membayar zakat perniagaan sebanyak Rm1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor baru-baru ini.
Kata Aeril, berikut merupakan jumlah yang dibayar adalah keuntungan yang diperolehi daripada perniagaannya sepanjang tahun ini.
Ini berkat sokongan tanpa henti dari semua pihak dan pelanggan yang setia. Semoga 2024 akan menjadi tahun yang lebih baik buat semua.
Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan.
View this post on Instagram
Tambah pelakon ini juga, dia berharap agar sumbagan yang diberikan itu dapat juga disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Pada masa yang sama, Aeril juga ingin zakatnya itu menjadi contoh kepada orang ramai agar ikut sama membayar menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim.
Sebelum ini, Aeril dan Wawa juga pernah mandapat penghargaan dari Lembaga Zakat Selangor kerana telah membayar zakat melebihi RM50K.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.