Beberapa hari lalu, insiden yang berlaku ke atas pelakon, Kamal Adli sewaktu berada di Singapura sememangnya membuat ramai pihak berasa terkejut, tambahan pula kecederaan di bahagian kepala sangat teruk selepas dipukul seorang lelaki tidak dikenali.
Susulan itu, ramai meluahkan rasa risau dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) iaitu Zed Zaidi turut menyuarakan pandapatanya mengenai insiden tersebut.
View this post on Instagram
Kata Zed Zaidi, insiden tersebut sepatutnya tidak berlaku dalam negara yang paling selamat dalam dunia dan merasakan lelaki yang memukul Kamal itu dibawah pengaruh dadah.
Dalam hantaran lain pula, Presiden SENIMAN itu ada memuat naik satu video di Instagram mendedahkan wajah individu yang menyerang pelakon lelaki terbabit di sebuah ekspo di Singapura.
Tahniah orang-orang Singapore dan wakil-wakil Malaysia yang berjaya bedok mamat yang pukul Kamal Adli ni.
Sekadar info, Kamal Adli telah dipukul menggunakan cota di bahagian muka, kepala dan badan hingga mengakibatkan dirinya cedera parah.