“Semoga Dia Sempat Insaf Sebelum Ajal Menjemput” – Anzalna Nasir

Berita

“Semoga Dia Sempat Insaf Sebelum Ajal Menjemput” – Anzalna Nasir

Pelakon jelita, Anzalna Nasir menarik perhatian warganet selepas memuat naik satu entri penuh makna di Threads berhubung sikap segelintir individu yang gemar mencari kesalahan orang lain.

Menurut Anzalna, seseorang yang tenang dan cukup dengan dirinya sendiri tidak akan merasa perlu menjatuhkan orang lain. Sebaliknya, mereka lebih memilih untuk fokus terhadap kehidupan sendiri tanpa perlu sibuk menilai kekurangan orang sekeliling. Tulisnya,

Advertisement

Orang yang tenang takkan sibuk cari salah orang lain. Bila dia dah cukup dengan diri sendiri, dia tak rasa perlu jatuhkan sesiapa pun.

anzalna nasir

Tambah Anzalna, komen-komen negatif yang sering ditinggalkan di media sosial biasanya datang daripada individu yang sedang berdepan dengan masalah peribadi atau dalaman. Ujarnya lagi,

Jadi, kalau kita nampak orang komen negatif, kita tahu dia sebenarnya tengah struggle dengan diri sendiri. Doakan saja, semoga Allah permudahkan urusan dia, dan semoga dia sempat insaf sebelum ajal menjemput.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada peminat yang rata-rata bersetuju dengan pandangan pelakon itu. Ramai yang menganggap pesanan Anzalna wajar dijadikan peringatan bersama agar lebih berhati-hati dalam meninggalkan komen di media sosial.

anzalna nasir
2025-06-03 11:08:57

"Anak Kami Layak, Mengapa Tidak?" - Anzalna Nasir Jawab Kritikan Netizen Berkenaan Sikap Terlalu Mewahkan Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...