Telah rasmi diumumkan bahawa pelakon Datuk Fizz Fairuz, Chiwan dan Kai Hassan merupakan tiga penyampai radio baru yang bakal berkhidmat di stesen radio Suria FM bermula 21 Januari ini.
Mula bekerja
Menurut Fizz Fairuz, dirinya amat teruja untuk mula menjadi penyampai radio di Suria FM meskipun ia adalah satu perkara baru dalam hidupnya. Tambah pelakon ini, dia berharap agar dirinya diterima baik oleh para pendengar.
Ini perkara baru dalam hidup saya. Dengan tugasan ini jadual akan berubah dan saya boleh belajar bekerja mengikut waktu pejabat.
Apabila ditawarkan saya tidak keberatan untuk terima. Semoga dapat memberi kelainan kepada pendengar.
Akan ada radio survey
Menurut Pengurus Besar Suria, DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, penyertaan tiga nama ni diharap mampu membawa penambahbaikan pada stesen tersebut menjelang sesi radio survery bulan hadapan.
Ini merupakan salah satu langkah seiring dengan keperluan semasa untuk memantapkan dan kukuhkan lagi barisan penyampai.
Untuk info, Fizz bakal bersiaran di segmen pagi bersama Ajak dan Suraya manakala Chiwan pula akan bersama Sharifah Shahirah untuk segmen Suria Petang mengisi tempat Tyzo dan Kai akan di segmen Morning Morning Suria dan Carta Suria Top 40 menggantikan Suraya sementara cuti bersalin.