Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok, video satu keluarga berjalan kaki menuju ke pagar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sambil membawa bagasi dan keperluan lain untuk menghantar anak mereka mendaftar sebagai salah satu pelajar di sana.
Mereka dikatakan jauh merantau dari Sarawak dan menggunakan pengangkutan awam untuk ke Pahang. Video yang berdurasikan 15 saat itu memaparkan mereka berjalan kaki di bawah panas terik dan ia mengundang rasa sebak ramai warganet.
Hebatnya kasih ayah dan ibu, teman anak masuk UMPSA,” katanya di kapsyen.
@umpsamalaysia Hebatnya Kasih Ayah dan Ibu teman anak masuk UMPSA ? #fyp #umpsa #umpkiniumpsa #university #trending #pelajar #ayahibu ? Lokman Naufal_Haruman Terindah – ? ?.???_???????? ?
Di dalam video yang sama, terlihat juga pihak universiti mengambil tindakan yang pantas dengan menyediakan kenderaan membantu keluarga tersebut membawa bagasi ke dalam kampus.
Di ruangan komen juga, ramai netizen yang berkongsi pelbagai pengalaman semasa berdaftar ke universiti termasuk sebahagian besar yang menguji pihak universiti yang prihatin terhadap ibu bapa dan pelajar-pelajar baru yang datang.