Sejak kebelakangan ini, ramai artis wanita tempatan telah mula berhijrah dan mengenakan hijab sepenuh masa.
Menjadikan tanggal 1 Muharam sebagai titik penghijrahan ke arah yang lebih baik, ramai artis turut menjadikan kisah pemergian Allahyarhamah Siti Sarah ke dunia abadi sebagai iktibar.
View this post on Instagram
Ketika ramai yang memuji selebriti wanita yang mula berhijab, nama Emma Maembong juga turut menerima tempias yang sama.
Ini berikutan terdapat beberapa peminat artis kecil molek itu untuk berhijab kembali seperti suatu ketika dahulu.
“Semoga kak Emma terbuka hati untuk berhijab kembali. Sayang awak.” tulis pengguna media sosial tersebut.
View this post on Instagram
Emma yang tidak melenting dengan kenyataan tersebut hanya mengucapkan terima kasih dan mendoakan perkara yang sama.
Malah, ibu kepada seorang anak ini juga turut memuat naik foto lamanya yang berhijab untuk tatapan peminat di media sosial.
Terdahulu, antara aktres dan selebriti wanita yang mula berhijrah untuk berhijab ialah Izara Aishah, Siti Elizad dan ramai lagi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.